Topics

rencam (140) emo (120) friends (113) Bokashi (62) makan2 (56) Rozy Tiger (54) family (43) betty (35) Lulu (29) Budak Asrama (28) books (21) sale (20) umah baru (18) Giant (16) Boo Yong (11) momot (11) Mail Lambung (10) PG journey (10) Sunkiss (10) cikgu (9) PETKNODE (8) AIR ASIA SALE (7) holiday (7) spss (7) PhDJourney (6) Synergi (6) movie (5) bake (4) daging (4) pasta (4) Ramadhan (3) ayam (3) sotong (3)

Search This Blog

Free counters!

Saturday 9 June 2012

Kisah Arnab Malang..sob..sob..

As Salam...
Hari ni..aku nak berkongsi..pasal org *&%)$! yg dah buang rebit / arnab umpamanya buang sampah. Kisah ni diberitahu oleh seorang rakan FB/animal lover..
Sejak dpt sms dari kawan aku pasal rebit nie..satu hari panas tinge aku..hhmm..kejamnya manusia skrg nie..

Rebit malang..kesian ko rebit..bila sayang, ko disimpan, bila xmau..ko dibuang..sampai gini pengakhirannya..
Ya..mmg betul..qada' dan qadar dari tuhan..tp perkara ni boleh dielakkan kalau ditangani dengan betul..ada byk cara boleh diusahakan sblm ko amik jalan mudah utk buang saja rebit tu..

Aku copy paste..kisah rebit malang ni dari FB kawan aku..

Nasib 2 ekor arnab. 
Harini betul2 nguji tahap kesabaran aku. Dulu mulanya arnab ini bahagia dgn hidup bebas lepas walaupun bertuan. Tapi bila arnab2 ni bertuankan seorg pekerja di sebelah kedai saya, hidup mereka berubah. Di Kurung, Kotor, Tak Terjaga, Busuk dan kadang tu makanan habis. Hidupnya BERTAMBAH sedih bila kedua duanya melahirkan beberapa ekor anak. Biasalah manusia..bila dh dapat yg COMEL, maka yg BUROK akan di biarkan. Begitulah kehidupan arnab2 ni. Sehinggalah pada pagi jumaat, 8/6/2012, jam 5.30 pagi, aku lihat ada 2 ekor arnab berkeliaran di depan kedai. Najisnya bersepah di merata rata tempat. Jadi macam kebiasaannya di waktu pagi, suamiku akan bersihkan najis2 yg ada. Cuma pagi ini najis arnab dan bukannya kucing. Terdetik di hati, mungkin arnab ni terlepas. Takpe nanti kita tanya.

Entah jam berapa adik dan kawan kepada pekerja ni dtg dan kelam kabut menangkap arnab2 tu. Namun gagal. Maklum lah mereka masih budak budak. Belum tahu camne nak tangkap arnab2 tu. Bila aku tanya mereka mmg saja dilepaskan atau terlepas? Jawab mereka TERLEPAS. Selang beberapa minit, si pekerja ni pun sampai. Hmm...takpelah dh dtg pun dia. Nanti di tangkap lah tu. Namun waktu aku sibuk dgn kerja kerja d dlm kedai, tiba2 aku nmpk budak2 tu bawa arnab2 dgn menggunakan sangkar dan menuju ke hutan di seberang jalan, dan dilepaskan begitu saja. AMBOI, senangnya. Selesai SESI PELEPASAN, mereka keluar dari hutan dan tertawa. Waahhh...gembira sungguh. Pada mereka SELESAI SUDAH MASALAH. Tapi bagi aku...ALLAH saja yg tahu betapa meruntunnya hati. Nak di jerit, pelanggan ramai. Aku hanya mampu berdoa agar ALLAH selamatkan arnab2 tu.

Sehingga ke petang aku tunggu juga mana tau arnab2 tu keluar dari hutan dan balik semula ke kedai. Tapi yg diharap tak terjadi pun.
Malam, sekitar jam 8.30 malam, aku singgah ke kedai utk ambil barang. Setiba turun dari van, aku pelik, kenapa si BE'AH (kucing) ni asyik pandang ke jalan. Dari jauh aku nmpk seperti satu objek samar samar seperti kain berwarna cokelat jatuh di jalan. Aku pergi ke situ dan terkejut sbb salah sekor arnab tu dah pun dilanggar. Di mulutnya ada byk darah keluar. Badanya masih panas. Ketika aku angkat kakinya, masih bernyawa. Tapi sebaik aku bawa ke tepi jalan, arnab tu dah pun mati. Hancur luluh hati aku. Tak terkata. Aku terpaksa biarkan dia di situ kerana ada urusan yg perlu di buat. 
Aku hanya sempat merakamkan gambar bekas darahnya dan dirinya. Untuk tatapan dan peringatan kepada sesiapa yg berhasrat utk buat camtu, agar HENTIKAN. SUSAH sgt ke nak buat iklan utk org ambik arnab tu daripada di BUANG? Sekarang ni zaman canggih. Bukan nak harap iklan kat surat khabor ke apa. FB ni pun bole beri byk peluang utk si arnab tu dapat tuan baru. Tu lar bila tgk org bela haiwan, cakap lar, eeiii....comelnyaaaa. Best lar...itu la ini la. so dia pun nak. Tapi bab TANGGUNGJAWAB....MALAS. Kalau MALAS...JGN BELA!! Buat SIKSA binatang. Tu nasib yg beberapa ekor lagi dalam sangkor tu macam mana? Kalao takmau arnab beranak lagi, KEMBIRIKAN MEREKA!!!
Ingat! nak BELA binatang kena BELA sekali dgn TANGGUNGJAWABNYA. Kalau takde perkara2 ni JANGAN bela LANGSUNG. Bela je semut ke, anai anai ke apa ker yg tak payah nak buang poo n pee.
Sekian terima kasih kerana sudi membaca walaupun penulisan teruk.
 
P/S: Sedih, geram, marah..semua perasaan ada..bercampur baur tatkala baca 'karangan' kawan aku nih..korg2 ni semua ada akal..patutnya tau apa nak buat...Yang dibuang 2 ekor..sekor udah mati kene langgar..apa plak kisahnya sekor lagi? masih dalam hutan ka?? Mcm mana dia agaknya? mcm2 bleh berlaku, dimakan anjing..itu jer dalam pikiran..kalkau iye pon dimakan anhing, sikit pon aku x salahkan anjing, stil aku akan salahkan si pembuang jahanam tu!!
Skrg x pasal2..aku risaukan anak2 rebit yg masih ada dalam jagaan si pembuang rebit nie..apakah nasib mereka? bakal dibuang jugakah? owhhh..memikirkannya aje sudah buat darah aku menggelegak!!
 

2 comments:

  1. ya Allah sedihnya :((

    tiap kali lepas solat sy mesti berdoa sama utk haiwan2 ni, moga mereka semua dilindungi drpd dianiaya, disakiti, dizalimi oleh manusia yg tak berperikemanusiaan dan moga Allah akan mewujudkan rasa kasih-sayang di antara manusia dan haiwan.

    smoga Allah akan memakbulkan doa saya..

    sedih bila perkara mcm ni berlaku :(

    ReplyDelete
  2. kesiannya...kenapalah...sedih...xtau nak kata apa dah...kdg2 tertnya knp mereka xde perasaan syg 'anak2' xkiralah kucing ke anjing ke tupai ke arnab ke mcm kenkwn animal lover yg lain? kita ni kalau hilang kejap pun dh bengkak2 mata menangis....diorg selamba je...sedih betul lah perkara mcm ni berlaku..

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers

Happily married

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Usia perkongsian cerita kita...

PitaPata Cat tickers