Topics

rencam (140) emo (120) friends (113) Bokashi (62) makan2 (56) Rozy Tiger (54) family (43) betty (35) Lulu (29) Budak Asrama (28) books (21) sale (20) umah baru (18) Giant (16) Boo Yong (11) momot (11) Mail Lambung (10) PG journey (10) Sunkiss (10) cikgu (9) PETKNODE (8) AIR ASIA SALE (7) holiday (7) spss (7) PhDJourney (6) Synergi (6) movie (5) bake (4) daging (4) pasta (4) Ramadhan (3) ayam (3) sotong (3)

Search This Blog

Free counters!

Tuesday 2 October 2012

HIGHLIGHT FOKUS 1 - BAJET 2013

As Salam...
Org semua tgh kecoh pasal bajet..
Asyik2 nak carik/dengar part2 pntg jek...pasal bonus la hape, part elaun la..
Part lain xkan xmau amik tahu kan...
Nah..ni aku pulak nak 'bentang'kan bajet mengikut Fokus (ada 5 fokus semuanya ya)..
Dah mcm ala2 nota exam...hambek...

Fokus 1: Mengarang Aktiviti Pelaburan

PELAKSANAAN 12 NKEA

 
1.Pelaksanaan projek permulaan (EPP) NKEA dengan peruntukan RM3 bilion:
- Penanaman semula kelapa sawit berkualiti tinggi, pengeluaran produk herba bernilai tinggi serta 

  pengeluaran padi berskala besar;
-Pengindahan Sungai Klang (River of Life); dan
-Penggantian Rangkaian Paip dan Baik pulih Pembetungan


 MENGGALAK PELABURAN DOMESTIK 

2.Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik, RM1 bilion - MIDA 


3.Insentif pengambilalihan syarikat asing dan kadar cukai khas kepada penyedia perkhidmatan tempatan


 MEMPERGIAT PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA

4. Pembangunan PKS
-Skim Pembangunan PKS - RM1 Bilion (SME Bank)
- Pelan Induk PKS (2012-­‐2020) - RM 30 juta bagi tahun 2013
-Dana Industri Halal - RM200 juta bagi pembiayaan modal kerja PKS yang mengusahakan pengeluaran 

  produk halal 


5. Penjaja dan peniaga kecil
-Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil (perlindungan maksimum 
  sehingga 5,000 ringgit)
-Kemudahan pinjaman mudah kepada penjaja dan peniaga kecil (RM25,000 bagi licensee dan   
  RM500,000 kepada licensor)

 SEKTOR PELANCONGAN 

6. Merancak Sektor Pelancongan
- Program Tahun Melawat Malaysia 2013 / 2014 dengan sasaran 26.8 juta pelancong
- Pengecualian cukai pendapatan selama 3 tahun bagi pengusaha pelancongan yang
mengendalikan 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan
 HAB DAGANGAN MINYAK DAN GAS 

7. Insentif cukai bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum:

-Pengecualian cukai pendapatan 100% untuk tempoh 10 tahun
-Pengecualian cukai pegangan
-Pengecualian duti setem

8. Projek pelaburan minyak dan gas:
-Petronas Refinery and Petrochemical Integrated Development (Rapid)
-Terminal minyak dan gas - Johor dan Sipitang, Sabah
- Loji Regasifikasi di Melaka

9.Insentif cukai ke atas Program Global Incentive for Trading (GIFT) sebagai menjadikan Malaysia Hab dagangan komoditi antarabangsa :
-Pengecualian cukai pendapatan 100% untuk tempoh 3 tahun pertama operasi syarikat dagangan LNG
-Memperluas dagangan komoditi di bawah program GIFT seperti pertanian, bahan mentah bertapis, logam asas dan kimia.
 PENEKANAN KEPADA SEKTOR PERTANIAN

10. Mencergas sektor pertanian & perladangan

-Pembangunan program pertanian melalui aplikasi teknologi terkini - RM 30 juta
-Meningkatkan pengeluaran produk makanan dan kesihatan - RM75 juta
- Program penanaman semula pokok kelapa sawit - RM432 juta

- Pembangunan bahan terbitan oleo bernilai tinggi - RM127 juta
- Memperkasa Projek Azam Tani - RM 41 juta (manfaat hampir 6,700 peserta)

11. Menambah 4 kawasan jelapang padi baru - keluasan 19 ribu hektar
-Kota Belud, Batang Lupar, Rompin & Pekan
- Jangkaan menghasilkan 104 ribu tan metrik & penyertaan 12,237 pesawah
 INSENTIF UNTUK NELAYAN

12. Elaun bantuan sara hidup RM 200 sebulan - manfaat 55 ribu nelayan


13. Insentif 10 hingga 20 sen sekilo bagi hasil tangkapan ikan 


14. Skim perlindungan insurans nelayan - perlindungan hingga RM100,000

 MENINGKAT AKTIVITI PERTANIAN

15. Penerusan subsidi dan insentif pertanian - RM2.4 bilion

- Pemberian Subsidi Harga Padi -­‐ 480 juta ringgit
- Pemberian Subsidi Baja Padi -­‐ 465 juta ringgit
- Insentif Peningkatan Hasil Padi -­‐ 80 juta ringgit

- Insentif Pengeluaran Padi -­‐ 563 juta ringgit
- Subsidi Harga Beras -­‐ 528 juta ringgit
- Subsidi Benih Padi Sah -­‐ 85 juta ringgit

16. Skim Perlindungan Takaful Pertanian
- Jumlah pampasan sehingga RM13,000
- Manfaat kepada 172 ribu pesawah
 MENCERGASKAN PASARAN MODAL DAN KEWANGAN

17. Pasaran Modal

- Menerajui terbitan sukuk - RM171 bil. @ 71% drpd jumlah terbitan sukuk global
-Terbitan sukuk tunggal terbesar dunia dengan nilaian RM30.6 bil. - PLUS Berhad
-Penubuhan Pusat Promosi Pasaran Modal di Suruhanjaya Sekuriti

-Program Graduate Representative - melatih 1,000 graduan dalam pasaran modal

18. Tawaran Awam Awal (IPO)
-Terbitan dua daripada tiga IPO terbesar di dunia - FELDA Global Ventures Holdings (RM9.9 bilion) dan IHH Healthcare Berhad (RM6.3 bilion)

19. Pasaran Bon dan Sukuk
- Rangka kerja terbitan bon dan sukuk runcit - Suruhanjaya Sekuriti
- Pegangan bon dan sukuk runcit oleh individu
- Potongan cukai dua kali bagi menerbitkan bon dan sukuk runcit
- Pengecualian duti setem ke atas surat cara dalam urus niaga bon dan sukuk runcit
- Potongan cukai dua kali bagi tempoh 4 tahun bagi terbitan AgroSukuk
 MENGGALAKKAN AMANAH PERNIAGAAN

20. Pengendalian perniagaan melalui Amanah Perniagaan

-Layanan cukai sama seperti syarikat
-Pengecualian duti setem dan cukai keuntungan harta tanah


21. Tambahan peruntukan modal Danajamin -­‐ RM400 juta; 2 tahun
-Merancak penerbitan bon dan sukuk oleh syarikat

22. Penubuhan Yayasan Pasaran Modal -­‐ RM 100 juta
- Pembangunan modal insan bagi industri sekuriti

23. Tun Razak Exchange (TRX)
- TRX dijangka menarik 250 syarikat perkhidmatan kewangan antarabangsa dan menawakan 40 ribu peluang pekerjaan
- Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange (TRX)
- Pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee
- Pengecualian cukai bagi pemaju hartanah

24. Pembangunan Wakaf Korporat
-Merangka Pelan Induk Wakaf Korporat - JAWHAR bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri
 PEMBANGUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA

25. Projek MRT -­‐ sebanyak RM9 bilion atau 43% daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera

26. Penyediaan Dana Pembiayaan Bumiputera, SME Bank -­‐ RM 1 bilion


27. Galakan insentif bagi syarikat Bumiputera di bawah Skim Jaminan Modal Kerja (SJMK)
-Melanjutkan tempoh kemudahan Skim sehingga 31 Disember 2013
-Memperluas kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS)
-Meningkatkan kelayakan pemegang syarikat sehingga RM20 juta

28. Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil & sederhana
-Peruntukan 2013: RM350 juta , termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India

samb.... 


No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Happily married

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Usia perkongsian cerita kita...

PitaPata Cat tickers