Topics

rencam (140) emo (120) friends (113) Bokashi (62) makan2 (56) Rozy Tiger (54) family (43) betty (35) Lulu (29) Budak Asrama (28) books (21) sale (20) umah baru (18) Giant (16) Boo Yong (11) momot (11) Mail Lambung (10) PG journey (10) Sunkiss (10) cikgu (9) PETKNODE (8) AIR ASIA SALE (7) holiday (7) spss (7) PhDJourney (6) Synergi (6) movie (5) bake (4) daging (4) pasta (4) Ramadhan (3) ayam (3) sotong (3)

Search This Blog

Free counters!

Tuesday 2 October 2012

HIGHLIGHT FOKUS 5 - BAJET 2013

samb...

Last sekali...utk rakyat...kesimpulannya..part yg kors suka byk kat sini la...

Fokus 5: Mensejahterakan Rakyat

INISIATIF PEMBIAYAAN SWASTA - PFI 2


54. Menyediakan peruntukan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat


 MENGURANGKAN KADAR JENAYAH

55. Inisiatif mengurangkan kelakuan jenayah
-Tambahan perjawatan baru polis
-Penubuhan Unit Rondaan Bermotosikal - rondaan 1,000 motosikal di kawasan perumahan
-Tambahan 10,000 bilangan ahli Pasukan Sukarelwan Polis
- Pemasangan Sistem Kamera Litar Tertutup atau CCTV sebanyak 496 unit di 25 b

uah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

56. Penglibatan pihak swasta dan komuniti dalam mewujudkan persekitaran selamat dan aman
-Aktiviti rondaan di kawasan kejiranan - geran RM10,000 kepada persatuan penduduk
-Mempertingkat peranan rukun tetangga (KRT) - 6,500 KRT menjelang 2013
-Penyediaan pakaian seragam kepada hampir 300,000 anggota RELA aktif
-Galakan Elaun Modal Dipercepatkan kepada syarikat yang membelanjakan pemasangan peralatan keselamatan
 MENAMBAHBAIK LALUAN KERJAYA WARGA PDRM

57. Kajian secara komprehensif sedang dijalankan oleh pihak JPA
MENAMBAHBAIK SPRM

58. Tambahan 150 perjawatan sehingga 5,000 anggota 


59. Memperbaiki kedudukan Kerajaan dalam Indeks Persepsi Rasuah
 YAYASAN BANTUAN GUAMAN

60. Tambahan peruntukan RM20 juta kepada Yayasan Bantuan Guaman

MEMACU TRANSFORMASI KOMUNITI

61. Penubuhan National Strategic Coordination Unit

- merancang dan menyelaras program menyeluruh UTP dan RTP

62. Perluasan 6 UTC di seluruh negara
- Alor Star, Kuantan, Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu & Kuching
- Menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan & swasta dalam 1 bangunan


63. Perluasan 5 RTC dan mini RTC di seluruh negara
- Melaka, Johor, Pahang, Sabah & Sarawak
- Menyediakan perkhidmatan komuniti & hasil pertanian di 1 pusat integrasi
 PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DAN MASYARAKAT ORANG ASLI

64. Projek pembangunan infrastruktur luar bandar
-Bina 441 km jalan luar bandar & jalan perhubungan desa - manfaat 220,000 penduduk
-Projek bekalan air - manfaat 24,000 rumah
-Projek penyambungan bekalan elektrik - manfaat 19,000 rumah
-Program Desa Lestari - melibatkan 29 kampung dan manfaat 38,000 penduduk
-Program pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli - RM88 juta
-Membekalkan 40,000 tangki air di kawasan pedalaman Sabah & Sarawak
 KESIHATAN ASAS KESEJAHTERAAN

65. Projek pembangunan perkhidmatan kesihatan

-Peruntukan RM19.3 bilion bagi perkhidmatan kesihatan
-Membaik pulih 350 buah klinik Kerajaan - peruntukan RM100 juta
-Tambahan 150 mesin dialisis di pusat hemodialisis Kerajaan seluruh negara

66. Klinik 1Malaysia
- Tambahan 70 Klinik Rakyat 1Malaysia (keseluruhan 240 klinik di seluruh negara)
- Menyediakan perkhidmatan ujian darah, ujian kolesterol & glukosa serta ujian urin
 PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA & MASYARAKAT

67. Program pembangunan wanita dan masyarakat
- Program Pengarah Wanita ‐ melatih 500 wanita sebagai Ahli Lembaga Syarikat
- Program Inkubator Keusahawanan Ibu Tunggal (I‐KIT)
-Program Get Malaysian Business Online (GMBO) - geran RM1,000 kepada 50,000 usahawan kecil untuk membangunkan

website
-Pemeriksaan percuma ujian Mamogram - manfaat 100 ribu wanita
- Program KAR1SMA - manfaat RM1.2 bilion
-Program 1AZAM - manfaat 58,330 peserta

68. Tambahan 6 Anjung Singgah dan 5 Anjung Kasih di seluruh Negara
BELIA DAN SUKAN

69. Program pembangunan Atlet dan Sukan
- Penyediaan atlet ke kejohanan sukan antarabangsa - Sukan SEA, Sukan Para ASEAN, Sukan Komanwel dan program Road to Rio
- Pembinaan Akademi Badminton di Bukit Kiara
- Pembinaan kompleks Velodrom tertutup di Seremban

70. Program pembangunan belia

- Program Y-Creative - penglibatan persatuan belia seluruh negara
- Penubuhan New Enterpreneur Fundation (NEF) - usahawan muda menceburi bidang ICT
- Penubuhan Young Enterpreneur Fund - pinjaman perniagaan untuk belia dengan subsidi kadar faedah 2% ditanggung oleh Kerajaan (had pinjaman: RM100 ribu)
- Program 1M4U - menggalakkan aktiviti sukarelawan belia

71. Rebat RM200 kepada belia 21‐30 tahun bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G 
 - manfaat 1.5 juta pengguna
 GOLONGAN SENIMAN & KARYAWAN

72. Bantuan pentadbiran dan kegiatan kepada semua persatuan berdaftar
 MEMPERLUAS JARINGAN PENGANGKUTAN AWAM BANDAR

73. Penubuhan perkhidmatan bas RapidKuantan pada 1 Disember 2012
74. Diskaun 50% kadar tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan - RM3,000
 PERUMAHAN UNTUK RAKYAT

75. Pembinaan hampir 123,000 unit rumah 

 - RM1.9 bilion

76. Menambah baik Skim Rumah Pertamaku:
- Had pendapatan pinjaman Individu dari RM3,000 kepada RM5,000
- Had pendapatan pinjaman bersama suami-­‐isteri kepada RM10,000
- Nilai maksimum hartanah RM400,000

- Melanjutkan tempoh pengecualian duti setem sebanyak 50% sehingga 31 Dis. 2014

77. Kajian Semula Cukai Keuntungan Hartanah (RPGT)
-Pelupusan hartanah bagi tempoh pegangan tidak melebihi 2 tahun: RPGT 15%
-Pelupusan hartanah bagi tempoh pegangan melebihi 2 hingga 5 tahun : RPGT 10%
-Pelupusan hartanah bagi tempoh pegangan melebihi 5 tahun: RPGT tidak dikenakan

78. Insentif cukai pemulihan perumahan terbengkalai:
-Institusi perbankan diberi pengecualian cukai ke atas pendapatan faedah yang diterima daripada kontraktor penyelamat;
- Kontraktor penyelamat diberi potongan cukai 2 kali ke atas bayaran faedah dan semua kos langsung dalam mendapatkan pinjaman;
- Kontraktor penyelamat diberi pengecualian duti setem ke atas semua jenis surat cara yang disempurnakan bagi tujuan pindah milik tanah atau rumah dan surat cara pinjaman bagi membiayai kos pemulihan; dan
- Pembeli asal rumah terbengkalai diberi pengecualian duti setem ke atas semua jenis surat cara yang disempurnakan bagi tujuan mendapat pembiayaan tambahan dan pindah milik rumah.
 BANTUAN DAN SUBSIDI

79. Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0)
-Bantuan tunai RM500 - isirumah berpendapatan ≤ RM3,000
-Bantuan tunai RM250 - individu bujang berumur 21 tahun ke atas ≤ RM2,000

80. Pengurangan subsidi gula 20 sen (Kerajaan masih menanggung 34 sen
dengan perbelanjaan RM278 juta) 


81. Subsidi minyak masak (penstabilan harga) 
 - RM 1.5 bilion

82. Program Penyeragaman Harga dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)
-Subsidi kos pengangkutan (LPG 14kg setong: asal RM70; harga subsidi RM26.60)
- Tambahan 57 KR1M di Sarawak, Sabah dan Labuan

83. Diskaun 50% ke atas tambang penumpang feri Sarawak-­‐Labuan-­‐Sabah

84. Diskaun 50% ke atas tambang feri bagi kenderaan komersial mengangkut barangan Sarawak‐Labuan-Sabah
 BONUS KEPADA PENJAWAT AWAM

85. Pemberian 1 bulan setengah bonus
MEMPERMUDAH IBADAH HAJI
86. Membenarkan pencarum KWSP membuat pengeluaran di Akaun 2 

-bagi jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran RM3,000
 KAJIAN SEMULA CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU DAN KOPERASI

87. Individu: kadar cukai pendapatan diturunkan 1 mata peratusan bagi kumpulan pendapatan bercukai tahunan

 - RM2,500 ringgit ~ RM50 ribu

88. Koperasi: kadar cukai pendapatan dikurangkan antara 1 ~ 7 mata peratusan di semua kumpulan pendapatan bercukai

MERINGANKAN BEBAN PENGUSAHA BAS

89. Bantuan kepada pengusaha bas sekolah :

-Pemberian rebat RM10,000 dan subsidi kadar faedah 2% ke atas pinjaman membeli bas baru untuk menggantikan bas sekolah lama yang berusia melebihi 25 tahun dengan kapasiti 12 hingga 18 tempat duduk
-Skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian kepada semua murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah (had perlindungan sehingga RM100 ribu)
 MENGURANGKAN KOS PEMBELAJARAN PELAJAR

90. Program kebajikan kepada pelajar sekolah ‐ RM2.6 bilion
-Merangkumi bantuan asrama, Rancangan Makanan Tambahan, bantuan buku teks

91. Program bantuan persekolahan 

- RM100 kepada pelajar sekolah
-Manfaat 5.4 juta pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan 5


92. Program Baucar Buku 1Malaysia
 - RM250 kepada pelajar universiti
-Manfaat 1.3 juta pelajar universiti dan tingkatan 6

93. Menaikkan pelepasan cukai SSPN daripada RM3,000 kepada RM6,000
 PINJAMAN PTPTN & SKIM SSPN

94. Diskaun 20% bagi penyelesaian sekali gus (sehingga 30 September 2013)

95. Diskaun 10% setahun kepada yang membayar pinjaman secara konsisten
PROGRAM JALUR LEBAR RAKYAT
96. Mewujudkan 100 Pusat Internet 1Malaysia di kawasan perumahan rakyat
 AKTIVITI TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR)
97. Pihak GLC menyokong usaha CSR

-FELDA: Membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan FELDA, membaiki rumah-­‐rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran
- Yayasan 1MDB: pemberian geran pendidikan, Klinik Bergerak 1Malaysia & program membaikpulih rumah - RM300 juta
-Syarikat GLIC dan GLC (RM500 juta) dalam pembangunan komuniti, biasiswa


P/S: Sekian la nota exam utk kali ni...nak summary lagik? Boleh...pi blogwalking kat blog PM yea..
 
 

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Happily married

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Usia perkongsian cerita kita...

PitaPata Cat tickers