Topics

rencam (140) emo (120) friends (113) Bokashi (62) makan2 (56) Rozy Tiger (54) family (43) betty (35) Lulu (29) Budak Asrama (28) books (21) sale (20) umah baru (18) Giant (16) Boo Yong (11) momot (11) Mail Lambung (10) PG journey (10) Sunkiss (10) cikgu (9) PETKNODE (8) AIR ASIA SALE (7) holiday (7) spss (7) PhDJourney (6) Synergi (6) movie (5) bake (4) daging (4) pasta (4) Ramadhan (3) ayam (3) sotong (3)

Search This Blog

Free counters!

Wednesday 24 September 2014

Domestic long hair looking for furrever home

As salam...

Hai..hari ni...aku nak warwarkan..ada seekor kucing comei utk dicarikkan tuan baru..

 Ini la dia si manja tu..nama nya Ah Cat..

Kisahnya dulu..si Ah Cat ni direscue sbb mengalami kurap yg sangaaaaaaatttttttt teruk... Iye..aku x main2...rescuernya (kawan aku) kata..ekornya dah keras dan tebal..sampai mcm ekor dinosaur rupanya...kurap di kakinya dah mengeras dan menebal..imagine dah mcm pakai boot gayanya...kesian kan..

Udahnya..rescuer bawa ke vet..diberikan perubatan sewajarnya dan dijaga sampai la gebu gebas gini..sekarang Ah Cat dah selamat di neuter..bulu dah tumbuh semula..sudah fit utk di put for adoption...

 Sape sangka mat kurap dulunya rupa2 ada bulu panjang...cantik dah dia..

Sedikit info pasal Ah Cat:

Ah Cat direscue di Ampang
Jantan
Sudah di neuter
Umur lingkungan 2-3 tahun
Lokasi di Sg Pusu Gombak

Adoption fee: Ingin ditukarkan dengan 7-10kg kibbles jenama Blackwood/ Iams/ Sportsmen Pride/ Starpro...kibbles2 ni akan digunakan rescuer utk feed stray catnya..rescuer ni juga seorang feeder tetap dikawasannya..bukan nak demand tau..ini mmg brand2 yg dia bg pada kucing2nya..sebab tu semuanya sihat2 dan gemot2 belaka..

Ah Cat ni aktif, suka dimanja, suka bersosial tidak garang..so far tidak menyusahkan rescuernya sepanjang dia dijaga di rumah yg mmg sudah ada 9 ekor kucing yg lain..

 Hoiii...gebunya ko anak...manja betul..kalau x..xkan la dia baring2 mendugong mcm ni kat tgh umah kan...

Pose manja dari Ah Cat...

Harap2 ada yg sudi adopt si Ah Cat ni..kalau ada yg berminat boleh email mamabetty di annanadzri@gmail.com utk sesi temuramah ringkas..kehehehhe..

Td dah diletakkan lokasi dia direscue di Ampang..so harapnya tiada la insan2 yg claim ini kucing saya yg hilang 8 thn lepas la...4 bulan lepas dan lain-lain..sah2 masa dia direscue rupa Ah Cat bukan mcm ni..so korg jgn mcm2 ya...ai tumbok nanti..kehehehhe..




Monday 22 September 2014

Taik Mata..

As salam...






P/S: Mmg susah nak lap mata budak nie..tp dia xde maslah mcm Yoya..Yoya dan taik mata dia mmg neverending...dah la nak kasi mkn ubat sikit punya hazab..



Sunday 21 September 2014

Solat Jamak & Qasar

As Salam..

Dipanjangkan perkongsian yg saya copy paste dr FB..lupa pula sumber asalnya dari mana...
Kalau travel mesti selalu tanya.."Eh..apa niat solat jamak?" Udanya mmg baca niat dlm bahasa melayu..x apalah...Allah tu Maha Bijaksana...bahasa apa pon boleh...jgnla kita menyusahkan perkara yg mudah..betul tak?

SOLAT JAMAK
Jamak ertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat.
Solat yang boleh di jamakkan ialah solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak.
Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :
Jamak Takdim
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dalam waktu Zohor dan Solat Maghrib dengan Isyak dalam waktu Maghrib.Syarat Jamak Takdim :
i.Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak
ii.Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram
iii.Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua.
Jamak Takhir
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar.
Manakala solat Magrib dilakukan pada Waktu Isyak.
Syarat Jamak Takhir :
i.Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.
ii.Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.
SOLAT QASAR
Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja.
Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.
Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah :
Musafirnya tidak bertujuan maksiat.
Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km
Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram
Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam)
Mengetahui solat qasar itu menjadi harus baginya
Mengetahui tempat yang hendak dituju, jika tiada tujuan atau matlamat tidak sah qasarnya
Tidak boleh qada qasar solat yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi solat yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh di qada'
Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya
Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor) :
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala.
HAL-HAL YANG BERKENAAN DENGAN JAMA' DAN QASAR
Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat qasar dan jama' sekali. Ertinya ia boleh menjama'kan di antara dua solat dan mengqasarkan sekali.
Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut :
Menjama'kan dua solat fardhu tanpa qasar
Menjama'kan dua solat fardhu dan qasar.
Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan melalui cara ini :
Niat Jama' Taqdim dan Qasar :
i.Solat Zohor dan Asar.
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala
Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat.
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut :
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala
ii.Solat Maghrib dan Isya'
Sahaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jama'kan ke dalamnya Isya' kerana Allah Taala
Solat maghrib tidak boleh diqasarkan.
Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib - isya' sama dengna niat jama' taqdim zuhur-asar. setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut :
Sahaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala
Niat Jama' Takhir dan Qasar:
i.Solat Zohor dan Asar
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala
ii.Solat Maghrib dan Isya'
Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dijama'kan dengan isya' tunai kerana Allah Taala. ! memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
Sahaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala
Saya juga sekadar berkongsi ilmu. Sila rujuk pada yang lebih arif untuk penjelasan yang lebih sempurna dan supaya tidak timbul sebarang kekeliruan. Moga kita sama2 dpt mengingati dan membetulkn apa yg kurang disamping menambah ilmu. T/kasih. Wasallam.

Friday 19 September 2014

Tart shell oh tart shell..

As Salam...

Mende ni di tulis khas utk Tasha yg tgh berjinak2 dlm arena baking2 nih...

Tart Shell (anngaran 80-90 biji shell ikut ketebalan)

1 bijik (250g) butter- ada suka guna marjerin
125g gula icing - ayak (ada guna gula halus tp prefer icing la)
2 biji telur 
Lebih kurang 500g tepung gandum - ayak
1 sudu kecil esen vanilla

How?

1. Pukul butter dgn icing sugar ..pakai spatula ke senduk ke, sbb kejap je, asal sebati
2. Then tambahkan telur dan esen vanila..pukul lagi sampai sebati
3. Masukkan tepung  sikit2 sampai jadi doh yang boleh diuli, kalau lembik tambah lagi tepung sampai dpt kelembutan yang kita nak dan sampai dah x lekat pada jari
4.Simpan doh dalam plastik dan letakkan dlm peti ais semalaman utk hasil doh yg cantik.
5. Selepas doh dah rest..bulat2kan doh..sebsar ibu jari ke gitu dan tekan2 dlm acuan shell..jgn tebal sgt, jgn nipis sgt..cucuk2 bahagian bawah dgn garfu utk pengudaraan masa bakar shell..jgn lupa trim kemas2 bahagian atas lebihan doh
6. Bakar dlm suhu 170-180C samapai masak..dlm 20-25 minit...suhu dan baking time ikut oven masing2..
7. Pasti sejuk then baru simpan dlm bekas kedap udara..buat byk2 boleh simpan utk next2 project..sbb cheese tart ka..fruit tart ka..guna shell yg sama...

Tambahan

  • Doh x abis guna boleh simpan dlm peti ais semula, dlm plastik seperti mula2..
  • Acuan shell x payah nak gris dgn butter..dia x melekat
  • Kalau nak senang, bakar dulu acuan shell tu kosong sebelum guna utk bakar shell..kompom x melekat..x payah nak korek2 shell tu..tonggeng2kan aje dia kluar sendiri
  • Sukatan tepung tu x fix sbb ikut telur yg kita guna..ada guna 2 bijik saiz C, ada guna 2 bijik saiz B...kalau guna telur saiz besar..buang sikit putihnya..elakkan shell jadik keras sgt..
  • Ada masak guna api oven atas bawah dulu then selepas 10-15 minit guna api bawah je sampai shell masak..again ini ikut oven masing2
  • Ada yg buat dengan cara tepung dan icing sugar yg telah diayak diletakkan dlm 1 bekas then ditambah butter yg telah dipotong2 then diramas2 mcm nak buat pie crust..then baru masukkan telur n esen vanilla pon boleh  .mana2 pon jadi..cuma kalau kita guna style masuk tepung kendian..senang utk newbie belajar nak control bubuh tepung dlm adunan..aku rasa la..
  • Ada yg x rest kan doh pon..lepas adun terus tekan dlm acuan..ada yg rest kan 10 minit..ada 2-3 jam..ikut ler..
  • Ada yg tambah dlm 20g (1-2 sudu susu tepung dlm ayakan tepung dan icing sugar..ini pon suka hati la..
  • kalau nak buat shell tart coklat..tambah dlm serbuk koko/coklat
  • kalau nak buat shell tart red velvet..tambah serbuk coklat, warna merah (red velvet mestilah merah khenn..) dan 1 sudu teh cuka..selalu guna cuka kurma..ada jual kat supermarket..cuka mkn biasa pon boleh 
  • Ada juga yg suka masukkan emplex..ini utk tambah kerangupan tart..tp ini pon optional..emplex ada jual kat bahagian2  buat kek tu..murah je..dlm 2 ke 3 hengget gitu..

P/S: Sorry takde pic nak tunjuk step by step tp rasanya tenet ada banyak org dah tunjuk..almaklum..xde oven..oven kan dah buang sebelum pindah tu..xde aktiviti baking2 tertentu sehingga oven baru dibeli dengan jayanya nanti..sob..sob..sob... Dah..filling entry lain..nak tdo kejap..

Thursday 11 September 2014

Pertunangan Fitri & Ila..

As salam..

Bz sikit nowadays..tp sempat berhoyeh kenduri...hari tu adik big boss tunang...kira adik ipar la..tp aku dah pandang mcm adik sendiri, kalau nak marah aku marah, nak puji aku puji, sbb dah syg mcm adik sendiri ..

Ni hari kejadian...amik gambar dgn bakal biras...mak, makcik dan biras2 yg lain..tp we all dah mcm sisters hoccay...cubit peha kiri, kanan pon rasa sakit tau! Welcome to the club ila...anda dlm probation utk masuk kelab menantu2 kak mah gengster...

Masa tgh ckp2..kami dok pakat gelak apsal la big boss duduk depan2..mcm dia plak bapak pengantin..hakhakhak...

Selesai sudah pertunangan si acik, ni bakal juga..coming soon...kiranya penutup la nih..lepas ni mak dah boleh tutup buku kenduri kawen..sbb anak jantannya semua dah selamat berbini..kehehehhe...ini pon dlaam pemerhatian utk jadik ahli kelab....keheheh...

P/S: Suka sangat dpt sisters banyak..almaklum kita cde adik beradik pompuan, harapkan adik ipar n biras2 jek..selain adik2 sepupu :)






Isu anjing kembali...

As Salam..

Mendi ni dpt dr FB..lama dah...pastu tiba2 hot kembali sbb ada pic pasal perempuan bertudung amik pic dengan husky....x abis2 la kisah anjing nie..apa deme ni xde keje lain ke..tu haa...judi...arak...disco...GRO...lagi berfaedah dipikir2kan..suka nak perbesarkan isu ranting sedangkan perkara pokok dibiar aje..apa daaa....

So aku copy paste dan tepek kat dlm blog...ini bukan isu nak menegakkan benang basah atau menghalalkan yg haram..so sblm kluarkan ayat2 kasar, carut marut, keji lagi mencerca...sila at least paham beza antara najis dan haram..sbb ada yg amik sauk pukul rata harammmmm je semua..ntah kitab mana dia refer pon tatau...serta study juga scholar2 lain selain imam Syafie...ingat...kita ada 4 mazhab tau...so jgn suka suki labelkan org sebagai kafir atau murtad kalau dia x berperangai atau x sehaluan pendapat dengan korg..kan...Pendek kata kalau kail panjang sejengka, jgn lautan hendak diduga..kalau nak berdebat pastikan ilmu penuh didada..kalau ilmu sekempet je mcm puding kastard dlm cream puff..x payah la...kan...gituh...Aku sendiri bukan org pandai, tp sbb nak memahami satu2 perkara, tebal2kan muka jugalah bertanya2 dgn yg tau..sesambil google apa yg perlu...x dpt penuh at least dptla brief idea apa ke hal semuanya ni...xde la bodo2 mengangguk pastu 'like' je semua keyboard2 warrior punya komen2 bangang kannn..

Translation tulisan jawi dibawah gambar:

"Gambar ini diambil sempena perbicaraan tentang masalah najis anjing. Yang duduk di sebelah kanan sekali ialah Haji Wan Musa, yang tengah Yang Teramat Mulia Raja Kelantan Yang Mulia Haji Abbas Taha, qadhi besar Singapura dan Haji Nik Mhd Sadiqi Haji Wan Musa.

Yang berdiri di sebelah kanan sekali ialah Yang Mulia Tengku Chik, Yang Mulia Doktor Burhanuddin Al-Helmi, Yang Berhormat Datuk Seri Diraja Kelantan dan Nik Mahmud"


Berikut adalah petikan dari tulisan Tn Hj Nik Abdul Aziz bin Hj Nik Hassan yang diterbitkan dalam buku 'Islam di Kelantan' terbitan Persatuan Sejarah Malaysia :

Raja Kelantan iaitu Tengku Ibrahim Ibnu Sultan Muhammad IV memanggil Hj Nik Abdullah bin Hj Wan Musa, seorang ulama lulusan Mekah dan juga anak kepada Mufti Kelantan (Hj Wan Musa), ke Istananya yang bernama Sri Cemerlang. Raja Kelantan yang ingin sangat memelihara anjing, bertanya kepada Hj Nik Abdullah sama ada anjing itu boleh dipelihara atau tidak, dan bagaimana jika terkena air liur anjing?

Hj. Nik Abdullah bin Hj Wan Musa menjawab bahawa 'kiranya binatang anjing itu difikir sangat perlu untuk keselamatan rumahtangga, maka binatang itu perlu pula dipelihara oleh anggota keluarga itu'.

Seterusnya, Hj Nik Abdullah bin Hj Wan Musa menjelaskan bahawa 'jika mengikut pendapat Imam Syafiii, anggota tubuh badan manusia yang terkena jilatan anjing wajib disamak, akan tetapi jika berpandukan pada pendapat Imam Malik pula, tidak harus disamak. Justeru, menurut Hj Nik Abdullah, orang ramai boleh memilih pandangan mana satu di antara kedua itu yang mereka mahu amalkan.

Bagi Hj Nik Abdullah, kesemua pandagan yang mewakili setiap mazhab empat iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafii dan Hanbali boleh diamalkan oleh orang ramai, walaupun dengan cara 'talfik' (campur aduk) di antara satu sama lain. Cuma apa yang beliau ingatkan ialah agar amalan mereka tidak terkeluar daripada lingkungan mazhab empat itu. Menurut beliau, perbezaan pendapat di antara ulama-ulama mujtahid mutlak itu hanya berasaskan daya ijtihad masing-masing berpandukan Al-Qur'an dan AL-Hadith . Tambahan pula, tiap-tiap Imam yang mengasaskan mazhab mereka masing-masing itu tidak menyalahkan pandangan-pandangan yang berbeza di antara mereka, dan tidak pula mewajibkan orang-orang kemudian supaya mengikuti kesemua pandangan mereka masing-masing'.

Bapa Hj Nik Abdullah iaitu bekas Mufti Kelantan Hj Wan Musa, Haji Abas Taha yang merupakan Qadhi Besar Singapura dan tokoh besar PAS iaitu Dr. Burhanuddin Al-Helmi adalah antara tokoh Islam yang menyokong pendapat Hj Nik Abdullah.
By: Norhayati Kaprawi

satu lagi link yg menarik utk dibaca, rajin2la klik yea...:
http://ibnnajib.blogspot.com/2011/12/betulkah-anjing-dan-babi-haram-dipegang_29.html?m=1


Wednesday 3 September 2014

Kesiannya Ah Chang!

As Salam..

Korang ingat tak dengan Sunkiss a.k.a Ah Chang..ala...anak jantan dompot kaler oren aku tuh la...

Ni haa..si Ah Chang...

Tengok nie...tengok nie..kesian kan...bulunya gugur kot..hhmm..tak pasti...tp yg pasti bulunya jadik jarang2...

Ha..tengok...tengok...kesian kan...ekor dia pon dah jadi mcm ranting kayu...lepet jer...

Walhal dulu bulunya sihat..walaupun bulu pendek tapi tebal..stripe dia nampak jelas...

Bulunya sihat dulu...tp sekarang...sedih mama tengok ko nih Ah Chang..

I miss ur old fur la nak ooii...

Kesian Ah Chang...sedih mama...

P/S: Maybe Ah Chang stress atau tgh adapt tempat baru...jgn stress lama2 sgt nak oii..botak ko nanti..



Daisypath Anniversary tickers

Happily married

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Usia perkongsian cerita kita...

PitaPata Cat tickers