Topics

rencam (140) emo (120) friends (113) Bokashi (62) makan2 (56) Rozy Tiger (54) family (43) betty (35) Lulu (29) Budak Asrama (28) books (21) sale (20) umah baru (18) Giant (16) Boo Yong (11) momot (11) Mail Lambung (10) PG journey (10) Sunkiss (10) cikgu (9) PETKNODE (8) AIR ASIA SALE (7) holiday (7) spss (7) PhDJourney (6) Synergi (6) movie (5) bake (4) daging (4) pasta (4) Ramadhan (3) ayam (3) sotong (3)

Search This Blog

Free counters!

Sunday 12 July 2015

Petua Halau Anai-Anai


As Salam..

Ni dapat dr FB....lupa perkongsian dari sape...tp sbb berguna info ni..aku nak share jugak...
Ada yg dah cuba berjaya..so ni  kira alternatif selain panggil pest control...kos nak bayar depa ni bukan murah..makan riban2 jugak..

Masa di rumah lama..kami ada masalah ni...dah la bilik tu kami letak present kawin..so bykla yg rosak dan terpaksa dibuang..rugi sgt2...cisbedebah betul!

Masa tu la aku rasa..kalau ada bela sekor dua anteater kan bagus..anteater ni walau besau..mknnya semut dan anai-anai..longhair pulak tu...arr..aku kan suka mende2 berbulu long hair ni...berjodoh sungguh aku ngan mende ni...

Oh...wahai rakyat sekalian...tgk betul2..ini anteater tau..bukn dinosaur berbulu ke hape...aku teringat kes wombat disangka babi yg kecoh kat fb tu...ehh...simpan sikit bodoh tu..buat malu jer..tu la ..suh blajar, tengok dokumentari animal planet ke hape..ko sibuk berdrama suamiku itu..suamiku ini...gigih nak nyanyi, dar yg tua samai yg ke nyanyuk..yg kecil heboh ngan bintang kecil la..bintang cilik la...yg remaja ber akademi fantasia..yang dah tuan bangka x abis2 dengan kilauan emas...itu je la pandainya pon...


Anteater..Anteater..Anteater..

PETUA HALAU ANAI-ANAI DARI RUMAH
Boleh cuba mana-mana cara berikut :
1. Garam Dapur
Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja. Dupaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di tempat-tempat yang berpotensi ada anai-anai.
2. Air Kapur sirih
Sifat panas dari kapur akan sangat tidak disukai anai-anai kerana ianya memiliki kulit tipis dan lembut. Oleh itu, air kapur sirih ini sangat-sangat efektif untuk membasmi rayap. Caranya sangat mudah, siramkan air kapur sirik ke kayu yang di serang atau juga terus ke sarangnya.
3. Air Cucian Beras
Memanfaatkan air pertama dari basuhan beras untuk mengusir anai-anai. Siramkan saja ke sekeliling sarang rayap.
4. Minyak Tanah
Minyak tanah sekarang ini mungkin sukar dijumpai kerana kita dah tak menggunakan lampu pelita. Carilah di kedai dan gunakan minyak tanah untuk mengusir anai-anai. Caranya cukup mudah, semburkan minyak tanah di kayu yang telah di serang anai-anai atau juga semburkan di sarang-sarang anai-anai ini. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.
5. Tembakau
Tembakau bermanfaat untuk membunuh tungau yang biasanya menyerang anak kecil jika bermain di rumput. Tembakau inilah juga berkesan terhadap anai-anai. Untuk lebih efektif, anda boleh mencampur tembakau dan air lalu di biarkan satu malam (semalaman) agar memperoleh larutan tembakau. Semburkan air campuran itu pada kayu yang di serang atau juga ke sarangnya.

P/S: Selamat mencuba!




No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Happily married

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Usia perkongsian cerita kita...

PitaPata Cat tickers